Sunday, 30 June 2013

MEMAKMURKAN SURAU SUATU IBADAT

0 comments
     Masjid dan surau merupakan suatu yang sinonim dengan umat islam di mana ianya menjadi tempat beribadat kepada Yang Maha Kuasa. Bukan setakat itu, masjid dan surau adalah tempat di mana menjana perpaduan antara umat islam sedunia. Begitulah yang berlaku pada zaman nabi yang mengangkat masjid sebagai tempat yang paling tinggi dan suci. Masjid dijadikan tempat bukan sahaja sebagai tempat ibadat, malahan ianya menjadi suatu tempat rujukan dalam sebarang masalah yang berkaitan ekonomi, sosial masyarakat, plitok dan sebagainya. Fungsi masjid dan surau ini sebenarnya amat luas jadi, kita sebagai umat islam hendaklah membuka ruang kepada masjid dan surau ini supaya menjadi satu institusi yang amat penting kepada negara islam.
     Oleh sebab itu, tugas kita sebagai orang biasa adalah melibatkan diri dalam sebarang aktiviti surau

Wednesday, 19 June 2013

PESANAN HARI INI.....

2 comments
Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..


Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)

Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..

Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..

Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..

Surau Al-haq

Tuesday, 18 June 2013

ISI PERJANJIAN AQABAH

2 comments
Perjanjian aqabah pertama.

  1. Tidak mensyirikkan Allah 
  2. Tidak mencuri 
  3. Tidak berzina 
  4. Tidak membunuh anak
  5. Tidak menabur fitnah
  6. Tidak menderhaka kepada Rasulullah 
Perjanjian aqabah kedua. 
  1. Mentaati perintah Allah dan Rasul 
  2. Saling bantu membantu semasa senang dan susah 
  3. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran 
  4. Berjihad menegakkan islam 
  5. Membela kesucian agama islam dan menjaga keselamatan Rasulullah 
Surau al-haq