Saturday, 4 April 2015

30 PERKARA PERLU DIELAKKAN WANITA

0 comments
1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Thursday, 2 April 2015

SUNAT AB'AD DAN SUNAT HAIAT ( TAHUN 5 )

0 comments
Sunat Ab'ad ialah perkara-perkara sunat yang dilakukan semasa solat yang jika tertinggal untuk melakukannya, disunatkan melakukan sujud sahwi sebagai ganti. 
Perkara-perkara Sunat Ab'ad adalah seperti berikut:

1) Tahiyyat Awal
2) Bacaan selawat semasa tahiyyat awal
3) Duduk tahiyyat
4) Doa Qunut
5) Bacaan selawat semasa membaca doa Qunut
6) Bacaan selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad (S.A.W) semasa bacaan tahiyyat akhir:

وعَلَى آل مُحَمَّدٍ


Sunat Haiah pula ialah perkara-perkara sunat semasa solat yang jika tertinggal untuk melakukannya, tidak perlu dilakukan sujud sahwi. Perkara-perkara Sunat Haiah ialah:

1) Mengangkat tangan ketika takbir
2)Membaca doa Iftitah
3) Membaca Surah Al-Fatihah dan surah dengan suara yang kuat semasa solat Maghrib, Isyak Jumaat dan solat-solat sunat yang disunatkan menguatkan bacaannya.
4) Membaca Amin selepas surah Al-fatihah
5) Membaca mana-mana surah selepas baca al-Fatihah
6) Membaca takbir ketika ruku' dan bacaan semasa iktidal.
7) Membaca tasbih semasa ruku' dan sujud
8) Duduk Iftirasy semasa duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal.
9) Duduk Tawarruk ( iaitu duduk semasa tahiyyat akhir )
10) Memberi salam yang kedua.


KREDIT TO : http://jawionline.blogspot.com/2010/04/sunat-abad-dan-sunat-haiah.html

KEPUTUSAN MTQ PERINGKAT FIRQAH 1 2015

0 comments
Assalamualaikum.....

Pada tanggal 24 Mac 2015, SKS7 telah menyertai Majlis Tadarrus Al-Quran peringkat PPD Petaling Perdana ( firqah 1 ). Oleh yang demikian, SKS7 telah memenangi beberapa acara iaitu:-

1. Bercerita kisah nabi Bahasa Inggeris ( P )          =  JOHAN

2. Bercerita kisah nabi Bahasa Inggeris ( L )          =  N. JOHAN

3. Bercerita kisah nabi Bahasa Melayu  ( P )          =  KE - 3

Terima kasih kepada semua guru yang terlibat....