Masjid dan Surau ialah rumah Allah yang perlu dijaga kesuciannya. Justeru, walaupun ketika kita sedang melakukan ibadah, jangan dikesampingankan adab ketika di masjid dan surau.
Berikut ialah di antara adab-adab di masjid dan surau:
1) Ikhlas kerana Allah- Jangan rosakkan pahal amal dengan lari daripada niat sebenar kita ke masjid/surau semata-mata ingin mencari dan mendapatkan keredaan Allah.
2) Berjalan dengan tenang- Jika kita memandu kenderaan, pandulah dengan berhati-hati. Sekiranya kita ke masjid/surau dengan berjalan kaki, jalanlah dengan tenang. Keluar awal dari rumah supaya tidak tergesa-gesa kerana hendak mengejar takbir pertama bersama imam.
3) Wanita tidak boleh memakai minyak wangi- Bau wangi pewangi yang datang daripada wanita boleh mengundang fitnah apabila tercium oleh lelaki. Oleh sebab itu, wanita perlu mengelakkan diri daripada berwangi-wangian apabila datang ke masjid dan surau, Begitu juga perlu menjaga auratnya.
4) Mengagungkan masjid dan surau- Jaga tutur kata dan bertingkah laku yang baik ketika di masjid. Ikhtiarkan untuk menjaga wuduk (sentiasa dalam keadaan suci) sepanjang berada di masjid/surau untuk mengangungkan syiar Allah.
5) Tidak melakukan perkara sia-sia- Apakah yang sia-sia dilakukan di masjid/surau? Antaranya berbual-bual dengan ahli jemaah yang lain. Dalam dunia serba canggih ini, perbualan boleh jadi dilakukan melalui telefon bimbit; sama ada melalui panggilan telefon atau leka di laman sosial menerusi telefon pintar.
6) Menjaga kebersihan masjid- Masjid dan surau ialah milik kita bersama dan kebersihannya menjadi tanggungjawab kita bersama. Selain daripada tidak membuang sampah, meludah dan lain-lain di kawasan yang tidak sepatutnya, membersihkan kawasan masjid/surau perlu dilakukan sentiasa. Ketika Ramadhan misalnya, setelah ditunaikan solat, susun semula sejadah yang telah digunakan, susun selipar di tangga masjid/surau dan pastikan makanan yang dimakan ketika berbuka dan moreh tidak mengotorkan kawasan masjid dan surau.
Kredit to : http://islammy.com/jaga-adab-di-masjid-dan-surau.html
0 comments:
Post a Comment